Ads Top

Selepas iLancee, kini Jobdirumah pula bercuti?


Sebelum ni aku ade cerita pasa portal iLancee yang aku sertai bercuti selama sebulan sebab nak upgrade.

Tidak lame kemudian, aku dapat satu emel (dan beberapa rangkaian emel lagi) berkaitan portal Jobdirumah yang akan diupgrade kepada sistem Jobdirumah versi 3.0.

Nak aku cerita pasal ape tu Jobdirumah ke?

Rasanya tak payah kot. Rata-rata blogger memang dah tau apa tu Jobdirumah dan memang dah ramai pun buat duit dengan blog sebab Jobdirumah.

Takpelah, aku cerita jugak sikit berkenaan Jobdirumah. Mana tau ade yang masih tak tau apa itu Jobdirumah.

Jobdirumah ni adalah portal yang memberikan kita peluang untuk bekerja secara atas talian atau lebih tepat lagi bekerja sebagai Freelancer. Pekerjaan-pekerjaan tu bukan pihak Jobdirumah yang buat, tapi sebaliknya pihak Jobdirumah hanya tolong carikan senarai kerja yang ada di seluruh dunia dan senaraikan dalam web Jobdirumah. Apa yang menarik juga adalah pihak Jobdirumah ada menyediakan panduan untuk buat kerja dari rumah dengan Jobdirumah.

Tapi..

Selepas sistem Jobdirumah diupgrade ke versi 3.0, laman sebelumnya tidak berfungsi lagi. Begitu juga dengan sistem affiliatenye.

Korang perasan tak?

Kalau korang cuba klik banner Jobdirumah pun dah takde laman webnye..Hanya ini yang korang nampak jika klik pada banner Jobdirumah.



Dan jika anda masuk pada laman member Jobdirumah, hanya ini yang anda perolehi..




Jadi orang yang selama ni buat duit riban-riban setiap bulan dengan Jobdirumah apalah nasibnye ek? Ini lah persoalan yang aku sendiri tertanya-tanya..

Atau sebenarnya aku sorang je yang mengalami masalah ni..haha..kalau korang tak de masalah seperti aku, tolong beritahu aku ye..ape la agaknye silap aku sampai tak dapat masuk ke laman Jobdirumah lagi..

Oh..

Yang aku faham sekarang, Jobdirumah versi 3.0 ni akan membawa korang ke laman task.my. Sekali imbas aku lihat Task,my ni pun laman macam iLancee jugak gamaknya.

Tapi aku tak habis lagi explore ape bende Task.my ni..haha..

Ok..

Nampaknya 2 cara aku buat duit dengan blog dah bercuti..harapnya mereka akan kembali..

Satu pengajaran yang aku belajar berkaitan apa yang berlaku adalah..

Jangan letakkan harapan pada satu jenis affiliate je untuk buat duit dengan blog.

DIVERSIFY ni orang putih cakap la..dengan erti kata lain..pelbagaikan cara buat duit dengan blog..tapi ni untuk orang yang memang nak buat duit dengan blog la..kalau tak nak..takde masalah ape pun..hehe

Ok tu je berita untuk kali ini..haha



Dikuasakan oleh Blogger.