Ads Top

Kenapa Tak Nak berblog?



Pernah tak korang tanya soalan ni kat kawan-kawan yang tak pernah ada blog?

Rata-rata kawan-kawan yang aku tanya bagi jawapan yang sama. Sepesen.

Jawapannya..

TAK TAHU NAK TULIS APA.

Blog ni pun ada macam-macam jugak jenis yang aku tahu. Ada yang niche blog ada juga personal blog.

Niche blog ni adalah blog yang fokus pada satu tema atau perbincangan je. Contohnya Amanz.my atau Paultan.org. Dua contoh ni adalah blog atau laman web yang fokus pada satu topik je. Amanz berkaitan teknologi. Paultan berkaitan kenderaan.

Blog personal pulak biasanya lebih cerita pasal pengalaman hidup..

Blog aku?

Em mungkin di tengah-tengah..haha

Setiap orang mesti ada hobi, cerita, pengalaman dan lain-lain yang boleh dikongsikan. Sebagai contoh, blog dengan konsep pengalaman mungkin dapat membantu orang lain yang belum berpengalaman dalam sesuatu perkara.

Blog juga tidak semestinya fakta.

Tapi pada aku blog yang berbaur fitnah, umpatan, hasutan dan yang seangkatan dengannya tu adalah sesuatu yang tidak beretika dan perlu dielakkan..

Jawapan kedua yang aku terima..

MALU.

Aku pun pemalu. Malu untuk memberikan pendapat. Malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Tapi dengan berblog, aku cuba kawal sifat malu tu. Malu hanya pada tempatnya.

Berblog banyak mengajar aku tentang kesabaran dan menghargai sesuatu, menghargai masa dan menghargai keluarga..

Jawapan ketiga yang aku terima..

POYO

Well..kadang kala aku bersetuju dengan jawapan ni (masa aku belum mula berblog) haha. Tapi bila aku mula berblog, pandangan aku mula beralih arah dan aku memandang dari sudut yang berbeza..POYO is a word for people who blogging without benefit to others.

Aku sedaya upaya untuk menjadi blogger yang tak poyo haha..insyaAllah..

Jawapan seterusnya..

TAKDE MASA.

Manusia kalau diberikan satu gunung emas, pasti nak yang kedua. Jika diberikan masa 24jam pasti nak 48jam sehari.

Apa yang nak disampaikan adalah masa semua orang sama.

Yang membezakannya adalah bagaimana masa diuruskan dan digunakan. Setiap saat adalah berharga.

Ok?

Tulah antara jawapan popular yang aku dapat..

Apa kata korang tanya kawan-kawan korang pulak? Apa agaknya jawapan mereka ye..

1 ulasan:

Komen dengan penuh berhemah ye. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.