Ads Top

iLancee bercuti?

Macam biasa aku akan semak emel untuk lihat sama ada sebarang order daripada iLancee. Nampaknya aku bertuah kerana ada yang nak order gig penulisan artikel aku tu. Nak 3 artikel lagi. Alhamdulillah. Aku pun buat seperti biasa untuk kejar deadline yang ditetapkan.

3.10.2016, aku buka laman web ilancee dan ini adalah pemandangan yang aku dapat.


Aku pun nervous..

2 lagi artikel tak sempat nak hantar pada customer..duit dah bayar..

Oleh kerana aku tahu siapa pemilik laman web iLancee ni, aku pun PM pemilik laman web ni untuk dapatkan kepastian status laman iLancee dan nak tau macam mana nak hantar order yang dah siap ni..

Lepas aku emel owner ilancee dalam 2 hari kemudian dia balas kat aku.


Rupenye admin ilancee ade masalah dengan seller yang tak rajin cek emel ni. Order dah bayar tapi tak buat. Kebanyakannya bukan sebab nak tipu tapi sebab seller tu sendiri buat jualan bagai melepaskan batuk di tangga. Letak gig lepas tu tak follow up ke, semak ke..paling kurang pun semak la emel tu..

Akhirnya aku sent je 2 artikel yang aku dah siap tu pada admin iLancee.

Harapnya orang yang order gig aku tu dah terima la..Jangan aku dipersalahkan sebab lambat pulak dah la..

Cuma satu je aku harap..

Lepas dah upgrade nanti jangan la rating semua die reset balik..Bukan senang nak dapat rating yang baik ni..huhu..

Aku tulis ni pun sebab nak jadikan bukti kalau-kalau ada perkara berbangkit dikemudian hari berkaitan order yang lambat aku hantar tu..haha

Ok lah..

Harapnya ilancee dapat beraksi seperti sediakala bulan depan..

Bye..
Dikuasakan oleh Blogger.