Ads Top

Hari Yang Sempurna untuk Aku!


Semua orang selalu cakap nak itu lah.. nak inilah..

Tapi apa yang kita nak semua tu sebenarnya untuk ape? Apa tujuan kita nak semua perkara tu. Nak duit sampai sejuta. Untuk apa? Nak kaya. Sebab apa?

Inilah yang dikatakan "why factor". Kita melakukan sesuatu pasti untuk sesuatu. Katakan contoh aku berblog (sebagai contoh semata-mata ye.haha) . Aku berblog sebab ape? Sebab nak buat duit dengan blog. Nak buat duit dengan blog sebab ape? Sebab nak kaya. Nak kaya sebab ape? Sebab bila aku dah kaya, aku tak perlu nak bekerja untuk duit dan aku boleh lebih fokus untuk mendidik anak-anak dan memberi perhatian kepada keluarga.

Macam tu lah contohnya..

Lagi satu..

Katakanlah jika aku dan korang semua dah kaya. Pernah tak korang bayangkan jadual harian korang yang sempurna. INILAH HARI YANG SEMPURNA UNTUK AKU (Korang kate dalam hati.)

Pada aku, hari yang sempurna untuk aku adalah macam ni:

5.30 pagi : Bangun pergi surau Solat Subuh
6.30 pagi : Buat sarapan dan hantar anak sekolah
7.30 pagi : Kemas rumah / baca buku / Ngaji
8.00 pagi : Main dengan anak yang masih kecik
9.00 pagi - 1 petang : Kerja
1.00 petang : Lunch kat rumah / ambil anak kat sekolah / hantar sekolah agama
2.30 - 5.00 petang : Family time / main dengan anak / ambil anak balik sekolah / tidur kejap
6.00 petang : Beriadah bersama anak-anak
7.00 malam : Siap siap pergi surau solat maghrib
8.00 - 10.00 malam : Family time
10.00 - 1.00 pagi : Kerja
1.00-5.30pagi : Tidur

Ini adalah jadual harian yang aku idam-idamkan. Kongsikan jadual harian yang korang anggap sempurna di komen ye! ;-)



Dikuasakan oleh Blogger.